Dua pekebun rugi RM30,000, pokok kelapa sawit dimusnahkan gajah liar - Utusan Malaysia

Dua pekebun rugi RM30,000, pokok kelapa sawit dimusnahkan gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Dua pengusaha kebun kelapa sawit tergamam dan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas lebih 200 pokok kelapa sawit milik mereka dimusnahkan sekumpulan gajar liar di Kampung Air Putih dekat sini hari ini.

Mokhtar Junoh, 63, dan Rosli Abdullah, 37, mendakwa kemusnahan pokok kelapa sawit tersebut didalangi oleh empat ekor gajah liar yang memasuki kebun mereka dari Hutan Simpan Air Putih dekat sini pada awal pagi.

Rosli mendakwa, serangan gajah liar terbabit telah menyebabkan 130 batang pokok kelapa sawit di kebun dan selebihnya milik Mokhtar yang kesemuanya sudah matang dan menunggu masa untuk ditunai hasilnya musnah.

“Kami sedih tak terkata kerana semua usaha keras selama lima tahun ini menjadi sia-sia belaka. Ini bukan kes pertama malah banyak kebun kelapa sawit milik pengusaha-pengusaha lain juga pernah musnah diserang gajah liar sebelum ini.

“Pelbagai inisiatif pernah diambil pengusaha kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih termasuk bergilir-gilir berjaga malam tetapi kami tidak terdaya untuk melawan amukan gajah liar yang sememangnya ganas,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN