Dua didakwa terima rasuah RM156,000 percepat proses pembetulan sijil kematian - Utusan Malaysia

Dua didakwa terima rasuah RM156,000 percepat proses pembetulan sijil kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat tuduhan menerima suapan berjumlah RM156,000 daripada seorang pengurus medan selera bagi mempercepatkan proses pembetulan maklumat pada sijil kematian seorang lelaki dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Abu Noor Abu Samah, 61, yang merupakan bekas pekerja Pos Malaysia dan Noorha Wisma Hisham Abdul Wahab, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama, Abu Noor didakwa menerima suapan daripada Pengurus Medan Selera Oasis, Jamilah Mohd. berjumlah RM30,000 sebagai upah kononnya membantu mem­percepatkan proses pembetulan maklumat pada sijil kematian suami Jamilah.

Bagi pertuduhan ke­dua dan ketiga, tertuduh didakwa secara rasuah menerima daripada Jamilah melalui madunya, Norma Che Ali iaitu dua ke­ping cek masing-masing Bank Islam Malaysia Berhad berjumlah RM10,000 atas nama Tangkas Kesuma Sdn. Bhd. dan cek RM58,000 atas nama YAM TBPIS SEL
sebagai upah kononnya membantu mempercepatkan proses tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN