Dua beranak maut kemalangan - Utusan Malaysia

Dua beranak maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 12 Julai – Seorang bapa dan anaknya maut setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di simpang Jalan Bahagia-Kuala Baram Bypass di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mereka di­sahkan me­ninggal dunia dikenal pasti sebagai Thomas Ba­lang Apoi, 45, dan Elfhy Leonald Panai Thomas, 8.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, dua beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan dari arah Pujut ke Permyjaya.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, Thomas yang memandu kereta jenis Proton Persona secara tiba-tiba masuk ke simpang jalan tanpa memberikan isyarat.

“Tindakan itu menyebabkan sebuah 4WD jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 25 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuh mereka.

“Kesan perlanggaran itu meng­akibatkan anaknya maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala Thomas meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Miri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu Toyota Hilux itu pula hanya mengalami kecede­raan ringan.

“Kes disiasat mengikut Sek­syen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN