Dr. Mahathir terima kunjungan pemimpin CPC - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir terima kunjungan pemimpin CPC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Naib Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (CPC), Guo Yezhou di pejabat beliau di Yayasan Ke­pimpinan Perdana di sini.

Guo di­sambut Dr. Mahathir di pejabat beliau pada 2.30 petang dan berlangsung hampir sejam.

Yang turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta China di Malaysia, Bai Tian.

Isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan China, selain lawatan Dr. Mahathir ke China bulan depan.

Guo sedang melakukan lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini hingga 1 Ogos.

Beliau dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Presi­den PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN