DBP akan terus pujuk A.Samad Said - Utusan Malaysia

DBP akan terus pujuk A.Samad Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk Sasterawan Negara, Datuk Seri A.Samad Said untuk kembali ke agensi itu.

Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom berkata, walaupun sasterawan itu telah membuat kenyataan menolak pelawaan itu, namun DBP optimis ia boleh diselesaikan.

“Kita tahu seperti dilaporkan semalam, dia kata (A.Samad) sudah terlambat, kita masih tidak putus asa, kita masih terus berhubung dengan beliau, ini pun kita tunggu sahaja isyarat ke rumah beliau, jika ok, kita akan terus pergi (berbincang),” katanya kepada pemberita di majlis Ramah Mesra DBP Bersama Media di sini hari ini.

Semalam dilaporkan A. Samad menolak pelawaan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang mahu membawanya kembali ke DBP.

A.Samad menyifatkan hasrat itu sebagai sudah terlambat dan beliau sudah lama terpinggir dan tersingkir oleh kerajaan sejak dahulu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN