KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa akaun bank peribadi miliknya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya sebanyak RM500,000 semalam. Nooryana Najwa mendakwa, lebih mengejutkan apabila akaun anak lelakinya yang berusia 10 bulan turut dibekukan. Akaun itu didakwa hanya mempunyai duit raya RM100. “Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara-mara,…










