Cuti Jumaat: Pas sedia menghadap Pemangku Raja Pahang - Utusan Malaysia

Cuti Jumaat: Pas sedia menghadap Pemangku Raja Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas Pahang bersedia menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam usaha menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu. 

Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar berkata, pendekatan itu akan dibuat, sekiranya usul menukar cuti hujung minggu yang dikemukakan beliau pada Selasa lepas, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ditolak. 

“Kami akan menghadap Pemangku Raja untuk menyatakan hasrat kami kerana mengambil apa yang berlaku di Johor, cuti Jumaat bukan datang daripada kerajaan, tapi daripada titah Sultan Johor (Sultan Ibrahim Iskandar).

“… jadi kami akan cuba sedaya upaya dalam isu ini. Tapi kami juga menghormati semua hujah walaupun tidak bersetuju dengan cadangan ini, mahupun daripada DAP atau Barisan Nasional (BN) ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Rosli berkata, cadangan untuk menukar cuti hujung minggu di Pahang kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad pada masa kini, dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN