Cubaan perlekeh imej calon BN - Utusan Malaysia

Cubaan perlekeh imej calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam menggelarkan Menteri Besar Se­langor, Amirudin Shari sebagai ‘budak pejabat’ yang didakwa cuba memperlekehkan kredibiliti beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos depan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membe­ritahu, beliau tidak bimbang jika Amirudin yang merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu mahu membongkar kes-kes penyelewengan yang kononnya melibatkan dirinya.

“Amirudin setakat ‘budak pejabat’ PKR dan saya rasa beliau tidak mengenali saya sangat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa Amirudin masuk pejabat PKR, saya masuk penjara (tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kalau ada hendak bongkar sudah lama dilakukan memandangkan saya sudah 20 tahun melawan mereka (PKR),” katanya ketika ditemui selepas program walkabout di Sekolah Rendah Agama Bukit Naga di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini