Croatia cipta ‘keajaiban’ - Utusan Malaysia

Croatia cipta ‘keajaiban’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 12 Julai – Wira Croatia, Mario Mandzukic menganggap kejayaan pasukannya melangkah ke saingan akhir Piala Dunia 2018 sebagai satu keajaiban selepas mereka menewaskan England dengan keputusan 2-1 sewaktu separuh akhir, semalam.

Penyerang Juventus itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-109 bagi membolehkan pasukan kebangsaannya melangkah ke saingan akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Croatia.

“Ini sesuatu yang amat menakjubkan kerana hanya pasukan terbaik mampu melangkah ke saingan akhir selepas berupaya menewaskan pasukan hebat seperti England.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami beraksi umpama singa pada malam itu dan kami akan menjadi seperti itu juga dalam saingan akhir nanti,” kata Mandzukic.

Dalam perlawanan tersebut, gol awal diperoleh menerusi Kieran Trippier pada minit kelima sekali gus membolehkan England mendahului kedudukan jaringan.

Croatia hanya dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi Ivan Perisic sebelum gol kemenangan diraih melalui Mandzukic.

Kata Perisic, perlawanan saingan separuh akhir itu amat sukar buat mereka malah tidak jangka mampu meraih kemenangan untuk mengesahkan slot ke aksi final Piala Dunia.

“Kami anggap perlawanan separuh akhir itu umpama aksi akhir buat pasukan dan ia amat penting buat kami.

“Kami bermula dengan perlahan, namun kami tetap mempamerkan keupayaan sendiri bagi mendapatkan jaringan sekali gus membolehkan Croatia meraih kemenangan,” kata Perisic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×