KUALA LUMPUR 9 Julai – CIMB tidak bercadang menarik balik penajaannya terhadap Fatehah Mustapa walaupun pelumba basikal trek wanita negara itu tidak disenaraikan ke Sukan Asia 2018 berikutan kemerosotan prestasi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Aziz sebaliknya berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan kepada Fatehah kerana matlamat asal penajaan adalah untuk misi memburu pingat di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. “CIMB akan terus memberikan sokongan kepadanya (Fatehah)…










