SOCHI 1 Julai – Edinson Cavani berharap akan cergas sepenuhnya menjelang pertemuan dengan Perancis dalam peringkat suku akhir Piala Dunia selepas dikeluarkan ketika Uruguay merakam kemenangan 2-1 ke atas Portugal. Penyerang Paris Saint German (PSG) itu menjaringkan kedua-dua gol Uruguay sebelum dikeluarkan kerana mengalami kecederaan betis. “Pada satu ketika, saya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Saya harap dapat cergas sepenuhnya. Saya akan melakukan segala-galanya untuk memastikan dapat bermain bersama…










