SAN FRANCISCO 2 Julai – Pihak berkuasa California telah mengeluarkan amaran cuaca pada tahap merah dan juga arahan pemindahan mandatori ekoran beberapa kejadian kebakaran hutan.
Kebakaran yang merebak pantas akibat angin kuat dan suhu panas melampau telah memusnahkan beribu-ribu hektar kawasan di sini.
Kebakaran terbaharu, ‘County Fire’ bermula di daerah Yolo pada Sabtu lalu telah merebak ke kawasan seluas 9,000 hektar dan sukar dikawal.
Menurut Call Fire, lebih 100 jentera bomba dan 12 buah helikopter terlibat untuk memadamkan kebakaran itu yang kini merebak ke daerah Napa pada tengah hari semalam.
Kebakaran termasuk ‘Pawnee Fire’ terus berlaku di daerah Lake yang telah memusnahkan kawasan seluas 5,726 hektar tetapi berjaya dikawal sebanyak 73 peratus awal semalam.
‘Waverly Fire’ di daerah San Joaquin telah merebak di kawasan seluas 4,977 hektar dan berjaya dikawal sebanyak 75 peratus.
Kebakaran hutan di California pada tahun lalu adalah yang paling berbahaya.
Kebakaran yang dikenbali sebagai ‘Thomas Fire’ di Santa Barbara pada Disember lalu meragut dua orang dan memusnahkan lebih 1,000 bangunan termasuk rumah-rumah mewah bernilai jutaan dolar selain kawasan seluas 10, 4813 hektar.
Kebakaran berkenaan disifatkan yang ketiga paling teruk sejak 1932.










