Cadang wujud tabung khas kumpul hasil royalti minyak dan gas - Utusan Malaysia

Cadang wujud tabung khas kumpul hasil royalti minyak dan gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Satu tabung khas dicadang diwujudkan bagi mengumpul hasil royalti minyak dan gas supaya boleh digunakan untuk pembangunan luar bandar di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, hasil minyak dan gas merupakan salah satu pendapatan utama negeri ini yang perlu dikembalikan semula.

Menurutnya, kewujudan tabung khas itu nanti membolehkan peruntukan untuk membangunkan kawasan luar bandar bersifat menyeluruh demi kebaikan rakyat Sarawak.

“Sarawak memerlukan pembangunan infrastruktur yang lebih menyeluruh dan segera kerana mahukan negeri ini maju dengan negeri-negeri lain.

“Pendapatan hasil minyak dan gas ini antara pendapatan yang boleh membantu kerajaan negeri melaksanakan pembangunan,” katanya pada sidang akhbar selepas membahaskan Pindaan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN