PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui cabaran menangani rasuah dan salah guna kuasa pada masa kini lebih mencabar berbanding ketika beliau pertama kali dilantik sebagai perdana menteri pada tahun 1981. Dr Mahathir berkata ketika mengambil alih tampuk pemerintahan negara 37 tahun dahulu, jentera kerajaan pada ketika itu dilihat hampir bersih daripada gejala rasuah, tidak seperti masa kini. Beliau mendakwa tindakan seorang bekas perdana menteri…










