Bomba Croatia gagal saksi gol terpenting kerana panggilan - Utusan Malaysia

Bomba Croatia gagal saksi gol terpenting kerana panggilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB, Croatia – Anggota pasukan bomba Croatia yang sedang bertugas dirakam gagal menyaksikan gol terpenting ketika pasukan bola sepak mereka menentang Rusia pada Piala Dunia 2018 sebaik menerima panggilan kecemasan.

Ketika aksi perlawanan mendebarkan itu, anggota Jabatan bomba Zagreb sedang khusyuk menunggu tendangan penalti terakhir daripada pemain utama, Ivan Rakitic, namun mereka secara tiba-tiba lari bertempiaran sebaik mendengar deringan loceng kecemasan.

Panggilan itu menyebabkan kesemua mereka ketinggalan menyaksikan gol berkenaan kerana terpaksa menyarungkan pakaian seragam.

Sebaik sahaja mereka bergegas menaiki jentera bomba, beberapa rakan sekerja kelihatan bersorak kegembiraan dengan kejayaan Croatia masuk ke pusingan separuh akhir.

Croatia kemudian layak mara ke pusingan akhir buat kali kedua dalam sejarah selepas berjaya menewaskan England 2-1 kelmarin.

Video berkenaan yang menjadi viral turut digunakan oleh jabatan bomba yang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sesuatu yang berbahaya ketika meraikan sesuatu kemenangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN