BN perlu siap siaga hadapi PRU-15 - Utusan Malaysia

BN perlu siap siaga hadapi PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Semua ahli Barisan Nasional (BN) tidak perlu merasa tertekan berikutan kekalahan sebelum ini sebaliknya perlu terus bersiap siaga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, segala tuduhan atau fitnah yang dilontarkan Pakatan Harapan (PH) kepada BN sebelum ini secara fitrahnya kembali kepada mereka sebagai kerajaan.

Katanya, ini termasuk kos sara hidup, Felda, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

“Kita umpama kain putih dengan tiada isu lagi namun yang penting pandai membawa isu (untuk dijawab kerajaan PH).

“Kita sudah kalah, buat cara kalah dengan pandai membawa diri supaya tidak menjadi cemuhan orang,” katanya ketika berucap pada majlis pengenalan calon BN dan penyerahan anak angkat kawasan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini sebentar tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam.

Mohamad yang merupakan Pengarah Jentera BN PRK DUN Sungai Kandis memberitahu penyertaan BN dalam PRK tersebut sebagai latihan kepada jentera BN dan memastikan semangat mereka berada di tahap tertinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN