BN akan pertahankan institusi pendidikan agama - Utusan Malaysia

BN akan pertahankan institusi pendidikan agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Julai – Institusi pendidikan agama akan terus dipertahankan jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Calon BN, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau akan memainkan peranan dengan menegur serta mengkritik kerajaan negeri mahupun Pusat berkaitan institusi tahfiz.

Katanya, institusi tersebut perlu dipertahankan kerana sudah ada cadangan daripada segelintir pihak yang mahu institusi berkenaan dimansuhkan.

“Saya yakin ramai ibu bapa mengharapkan sesuatu terhadap aspek pendidikan khususnya sekolah agama dan pusat tahfiz.

“Ini kerana ramai kecewa kerana ada pihak yang mencadangkan ia (pusat tahfiz) dihapuskan. Jadi, kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku lagi.

“Kita akan tegur kerajaan negeri dan pusat jika diberi mandat ,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan dan beramah mesra bersama ibu-bapa di pekarangan Sekolah Rendah Agama Bukit Naga di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN