ROSTOV, Rusia 3 Julai – Belgium terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menepati ramalan mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2018 dengan menundukkan satu-satunya wakil Asia yang tinggal, Jepun 3-2, di sini sebentar tadi. Pada aksi pusingan kedua kalah mati yang berlangsung di Rostov Arena itu, skuad bimbingan Roberto Martinez dipaksa menunggu hingga ke masa kecederaan untuk memperoleh gol kemenangan yang dijaringkan Nacer Chadli. Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas Genki Haraguchi dan Takashi Inui menjaringkan gol untuk Jepun pada minit ke-48 dan 52 sebelum Belgium bangkit menyamakan kedudukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya