Belgium lebih baik - Meunier - Utusan Malaysia

Belgium lebih baik – Meunier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 13 Julai – Belgium adalah pasukan yang lebih bagus daripada England untuk merebut kedudukan tempat ketiga di Piala Dunia, kata pertahanan skuad Red Devils, Thomas Meunier hari ini.

Dua negara terbabit akan bertembung dalam penentuan tempat ketiga di St. Petersburg Sabtu ini dan Meunier dijangka kembali ke dalam kesebelasan utama selepas terlepas ketika tewas 0-1 kepada Perancis di separuh akhir Selasa lalu susulan digantung permainan.

“Kami lebih bagus daripada England. Memenangi perlawanan bukanlah satu kewajipan namun merupakan sesuatu yang kami perlu buat. Tempat ketiga adalah yang minimum buat kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami pernah menumbangkan England di peringkat kumpulan dan kami boleh kalahkan mereka sekali lagi,” katanya dalam sidang akhbar di pangkalan latihan pasukan Belgium di Moscow.

Kedua-dua pasukan melepasi peringkat Kumpulan G di Kaliningrad pada 28 Jun lalu walaupun Belgium menang 1-0.

Sebelum aksi terakhir peringkat kumpulan itu, England dan Belgium sudahpun mengesahkan kedudukan ke peringkat kalah mati.

“Kami mahu menduduki tempat ketiga untuk profil kami dan peribadi termasuk kepada semua yang memberi sokongan kepada kami sejak beberapa tahun lalu serta segala usaha sehingga Belgium mampu menyertai Piala Dunia.

“Kami memiliki skuad yang mantap dan kami akan berusaha untuk menamatkan saingan di atas podium,” ujarnya.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×