BERTEMU. Kira-kira 30 bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh sesi 1991-1995 mengadakan pertemuan sempena majlis sambutan Aidilfitri di kediaman salah seorang bekas pelajar itu di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Wakil kumpulan ini, Mir Azrul Shaharudin berkata, mereka hadir bersama keluarga masing-masing.
Menurut Mir Azrul, majlis itu dapat mengeratkan kembali hubungan sesama bekas rakan-rakan selain mengimbau kenangan zaman persekolahan.
Bekas pelajar STAR sesi 1991-1995 rai Syawal di rumah rakan










