PUTRAJAYA 12 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sejak kelmarin bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak. Difahamkan, pegawai khas berkenaan telah ditahan Isnin lalu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi pemberita hari ini telah mengesahkan…










