MELAKA 23 Julai – Seorang bayi berusia empat bulan maut dipercayai akibat tersedak susu semasa dalam jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bukit Baru di sini hari ini. Mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka oleh pihak Taska. Ibu mangsa, Roslina Ismail, 34, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak Taska pada pukul 12 tengah…









