Bau busuk bawa pada penemuan mayat lelaki reput, berulat - Utusan Malaysia

Bau busuk bawa pada penemuan mayat lelaki reput, berulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Misteri bau busuk yang dihidu penduduk sejak tiga hari lalu terbongkar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah reput dan berulat di dalam sebuah rumah di Kampung Kemumin hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, mayat lelaki berusia 58 tahun itu ditemui sepasukan polis yang melakukan pemeriksaan selepas mendapat laporan penduduk.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk yang memaklumkan terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan. 

“Pasukan polis kemudian masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci dan menemui mayat sudah berulat dan reput di atas katil di ruang tamu rumah.

“Hasil siasatan polis berjaya menghubungi keluarga mangsa yang berasal dari Perak. Waris mangsa kini dalam perjalanan ke Kelantan untuk membuat pengecaman sebelum menuntut mayat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk bedah siasat dan punca kematian masih dalam siasatan. 

“Semasa ditemui mayat itu sudah reput dan dianggarkan sudah meninggal dunia tiga atau enpat hari. Menurut tuan rumah yang disewa mangsa, lelaki itu bekerja di sebuah kilang di Pengkalan Chepa. 

“Mangsa dikatakan bertemu dengan tuan rumah kira-kira dua minggu lalu meminta untuk menangguhkan bayaran sewa rumah sebelum mayatnya ditemui du rumah itu,” tambahnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN