SAUDARA PENGARANG,
SAYA menyeru orang ramai membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras aktiviti pusat judi haram yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan sejak kebelakangan ini.
Semua agama menetapkan judi itu haram seperti mana zina, membunuh dan lain-lain perbuatan memudaratkan diri mahupun masyarakat. Namun, negara kita mengikut sistem di Barat di mana ada judi ‘dihalalkan’ dengan pemberian lesen operasi.
Bagaimanapun, sasaran PDRM kini adalah pusat judi tidak berlesen yang berselindung di sebalik cermin gelap atau pun lokasi-lokasi terpencil bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan juga penduduk setempat.
Jangan pertikai kecekapan PDRM membanteras pusat judi haram ini jika kita sebagai rakyat tidak mahu mengambil masa satu minit untuk menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tauke-tauke penjenayah ini.
Lebih-lebih lagi, tauke-tauke judi ini menjadi ancaman besar kerana menjadi ‘penaja’ ahli atau parti politik tertentu sehingga mampu campur tangan dalam pentadbiran negeri serta negara.
Berikut adalah nombor telefon di setiap Bilik Gerakan Khas PDRM untuk pusat judi haram di setiap kontinjen negeri:
Perlis: 04-9082273
Kedah: 04-7741379
Pulau Pinang: 04-2221722
Perak: 05-2451222
Selangor: 03-55145168
Negeri Sembilan: 06-7682340
Melaka: 06-2854222
Johor: 07-2254422
Kelantan: 09-7455636
Terengganu: 09-6354814
Pahang: 09-5052269
Sabah: 088-454851
Sarawak: 082-274213
Kuala Lumpur: 03-21460670
Bukit Aman: 03-22666261
Banteras sebelum parah, cegah sebelum jadi barah. Satu minit untuk melaporkan aktiviti jenayah menjadi penentu nasib anak cucu kita kelak.
KAMAL HASAN
Batu Caves, Selangor










