GUWAHATI, INDIA 17 Julai – Kerajaan Assam telah mengemukakan permohonan rasmi kepada semua 10 negara anggota ASEAN untuk mewujudkan pejabat konsulat di sini bagi mengukuhkan kerjasama dalam perdagangan, pelancongan, pendidikan dan budaya. Ketua Menteri Assam, Sarbananda Sonowal berkata, Guwahati merupakan lokasi penting untuk dasar `Tindakan Timur’ Perdana Menteri India, Narendra Modi, bertujuan meningkatkan hubungan antara negeri-negeri di timur laut India dengan ASEAN. “Kami mahu menjadikan Guwahati sebagai pintu masuk ASEAN,’’…










