Ashraf Muslim teruja filem lakonannya bakal ditayangkan - Utusan Malaysia

Ashraf Muslim teruja filem lakonannya bakal ditayangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Pelakon Ashraf Muslim, 37, mengakui teruja apabila filem lakonannya, Musyrik bakal menemui peminat industri perfileman tanah air selawat-lewatnya Oktober depan.

Jelas Ashraf, filem yang turut dibintangi Ruhainies dan Aeril Zafrel itu adalah filem seram yang digabungkan dengan nilai keagamaan.

“Insya-Allah, Musyrik akan ditayangkan pada penghujung tahun ini sama ada September atau Oktober. Lama juga saya tidak tampil di layar perak. Penggambaran filem tersebut dibuat tahun lepas dan tak sabar, malah berasa sangat teruja,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ashraf berkata, dia kini lebih memberi fokus kepada dunia perniagaan namun tidak sama sekali akan berehat daripada kerjaya seni.

“Memang sibuk sedikit menguruskan perniagaan tetapi saya tetap berlakon. Cuma tidak akan seaktif sebelum ini. Kena tengok dahulu jadual, watak dan jalan cerita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN