RIYADH 21 Julai – Israel terus dikecam negara-negara Islam selepas Parlimennya meluluskan rang undang-undang yang mengiktiraf Israel sebagai negara bangsa Yahudi.
Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar Arab Saudi menolak sekeras-kerasnya keputusan tersebut dan tidak bersetuju ia dilaksanakan.
Katanya, keputusan tersebut bertentangan dengan undang-undnag antarabangsa.
Sehubungan itu, Riyadh menggesa komuniti antrabangsa untuk menentang rang undang-undang berkenaan yang dilihat jelas bersifat perkauman dan demi kepentingan sendiri. – AFP









