KUANTAN 30 Julai – Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar digesa menyatakan pendirian berhubung status moratorium perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh di sini khususnya, sejak ia dilaksanakan pada 15 Januari 2016. Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah berkata, sejak tempoh penggantungan operasi perlombongan berakhir 30 Jun lalu, tiada sebarang keputusan rasmi dibuat dan ia menjejaskan aktiviti peneroka serta pengusaha terlibat. Beliau akan membangkitkan perkara berkenaan…










