Anzalna tolak tawaran berlakon demi lukisan - Utusan Malaysia

Anzalna tolak tawaran berlakon demi lukisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA sudah lama Diva perasan Anzalna kerap memuat naik status berkaitan lukisan karyanya.

ANZALNA
ANZALNA

Namun, baru-baru ini, Diva tengok sakan pula Anzalna menjualnya. Di Insta Story Anzalna sendiri pun, pelakon cantik itu ada memberitahu dirinya seperti tidak menang tangan.

Menerusi statusnya itu, Anzalna meminta sesiapa yang mahu membeli hasil lukisannya, terus menghantar mesej ke nombor yang diberikan.

Bukan apa, tulis Anzalna, dia tidak boleh untuk membalas semua soalan berkaitan pembelian lukisan di Instagram kerana banyak sangat pertanyaan. Bukan berlagak tetapi memang kenyataan.

Wah, bukan main lagi Anzalna. Banyak permintaan. Rezeki awak. Alhamdulillah.

Pada Jumaat lalu pula, Anzalna turut menulis status di Instagram miliknya dengan menyatakan dia terpaksa menolak tawaran berlakon untuk drama 100 episod kerana tidak bersedia untuk ke set penggambaran kerana dia terpaksa menyiapkan tempahan lukisan yang telah dipesan pelanggan.

Apa pun, kata Anzalna, Insya-Allah dia akan kembali ke set penggambaran.

Tidak sabar Diva nak tengok lakonan Anzalna. Mesti meletop.

Diva: Dengarnya, Nelydia Senrose bakal umum tarikh pernikahan. Wah! siapakah jejaka bertuah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN