Anggota polis tertembak rakan sekerja - Utusan Malaysia

Anggota polis tertembak rakan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang anggota polis di Balai Polis Padang Tengku, Lipis cedera akibat terkena tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh rakan sekerjanya, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu, mangsa, beusia 33 tahun yang berpangkat koperal cedera di paha kanan. 

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian mangsa berada di hadapan stor senjata api dan sedang menunggu suspek berusia 31, berpangkat Lans Koperal menyerahkan senjatanya selepas tamat melakukan tugasan Rondaan Cegah Jenayah. 

Menurutnya, suspek dipercayai telah tertarik picu semasa sedang mengosongkan senjata, menyebabkan peluru itu menembusi paha mangsa sebelum terkena pada pintu stor. 

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Tengku untuk rawatan awal dan pemeriksaan di Hospital Lipis mengesahkan tembakan tidak mengenai urat saraf atau tulang serta tiada serpihan peluru di pahanya. 

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan dan keterangan saksi yang berada di balai itu juga mendapati tiada pergaduhan berlaku antara suspek dan mangsa, malah kedua-dua mereka berbual seperti biasa sebelum kejadian,” katanya kepada pemberita semasa dihubungi di sini, hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN