Amanah yakin Kelantan bakal ada wakil - Utusan Malaysia

Amanah yakin Kelantan bakal ada wakil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Julai – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin kepemimpinan daripada negeri ini bakal dipilih memegang portfolio dalam Kabinet.

Amanah yakin Kelantan bakal ada wakil
Husam Musa

Naib Presiden Amanah, Husam Musa berkata, segalanya terserah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyusun barisan yang akan mengukuhkan kepemimpinan kerajaan.

“Tumpuan sekarang adalah mengukuhkan kepemimpinan negara sebab kita ada masalah besar yang perlu diselesaikan. Adapun, kedudukan peribadi itu boleh dikemudiankan (umum).

“Mengenai Kelantan.. sudah tentu rakan-rakan di Kabinet akan selesaikan masalah utama, kemudian mereka akan menyusun jentera di Kelantan, Terengganu serta negeri yang dikuasai oleh pembangkang namun dalam masa sama, tidak mengenepikan hak yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Bilik Operasi Parti Amanah Antara Kaum di Tanah Merah, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Amanah negeri, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah dan anak kedua Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN