Aisyah Aziz sudah dilamar - Utusan Malaysia

Aisyah Aziz sudah dilamar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mary tahu ramai di kalangan peminat Aisyah Aziz sedang menunggu kalau-kalau ada berita gembira dia dilamar kekasih hati untuk dijadikan sebagai isteri.

 

Iyalah, baru-baru ini ada kita kongsikan yang penyanyi ini sudah punya kekasih. Cuma dia memilih untuk tidak kecoh dengan cerita itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tetapi tidak dinafikan, Mary sendiri pun tertanya-tanya bila Aisyah mahu memberanikan diri untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada umum? Bukan apa, kalau betul hatinya sedang berbunga-bunga cinta, kita pun tumpang gembira juga tengok dia bahagia.

Tapi apa yang Mary nak kongsikan sekarang adalah mengenai dirinya yang dilamar syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment.

Dengar-dengarnya, mereka berminat nak ambil Aisyah untuk bernaung di bawah jenama mereka. Tidak pasti sama ada rundingan sudah dijalankan atau belum.

Kalau sudah tu, baguslah. 
Mary nak ucapkan tahniahlah buat Aisyah. Dapat duduk ‘serumah’ dengan artis-artis berkaliber macam Hazama, Hael Husaini, Stacy, Syamel, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Cuma Mary harap andai sudah berada di bawah keluarga baharu, harap-harap Aisyah kurang-kurangkan sedikit ya kontroversi tu. Kurang-kurangkan berpakaian macam tak cukup kain tu, orang akan lebih hormat tau.

Maklum sahajalah, sebelum ini jika diperhatikan, boleh tahan berani juga Aisyah ni dalam bab berpakaian, macam tak ada pantang larang langsung dah. Kita tahulah awak tu berjiwa muda, tetapi tak perlulah nak seksi sangat, okey? Kalau suara sedap dan rupa paras cantik macam Aisyah ni, memang boleh jual dalam industri ni, walaupun berpakaian sopan dan santun bak gadis Melayu terakhir.

Apapun, Mary doakan yang terbaik buat Aisyah. Semoga terus maju jaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×