Ais krim Fruiti King percuma sempena Rentap Rusia Kosmo! 2018 - Utusan Malaysia

Ais krim Fruiti King percuma sempena Rentap Rusia Kosmo! 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sempena Rentap Rusia Kosmo! 2018, pengeluar ais krim buah-buahan terkenal, Fruiti King bakal menaja ais krim percuma kepada pengunjung yang hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Fruiti King, Max Teh (gambar kecil) berkata, seramai 2,000 pengunjung terawal bakal menikmati satu cedok mini ais krim, ais krim potong dan baucar RM5.

“Setiap pengunjung akan menerima kupon yang akan diedarkan pada hari perlawanan dan boleh menebus di kios yang disediakan di situ (Restoran Hakim).

Ujarnya, antara perisa ais krim yang bakal disediakan pihaknya termasuk Durian Musang King, Durian D24, Cempedak, Mangga dengan jagung manis.

“Para pengunjung bakal menikmati keenakan rasa buah sebenar dan mereka pasti berpuas hati selepas merasai sendiri keaslian buah-buahan tropika di dalam setiap cedok ais krim yang disediakan,” katanya.

Tambahnya, Fruiti King merupakan ais krim yang tidak menggunakan bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan, dan benar-benar menggunakan rasa buah-buah asli bagi memastikan kualiti terbaik diberikan kepada pengguna.

Untuk pengunjung terawal di  Rentap Rusia Kosmo! 2018, mereka bakal dapat baucar RM5 Fruiti King untuk ditebus di mana-mana cawangan Fruiti King di Lembah Klang (Sunway Pyramid, gateway@KLIA2, Lot10 Hutong).

 

 

Promosi Fruiti King sempena Hari Ais Krim pada Ahad ini

Sementara itu, kira-kira 3,000 peminat bola sepak dijangka membanjiri Restoran Hakim bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang disiarkan menerusi dua skrin LED gergasi bersaiz 24×12 kaki.

Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Hazwan Hairul berkata, acara itu merupakan kerjasama kali kedua Kosmo! bersama restoran itu selepas Rentap Brazil 2014.

“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya cabutan bertuah, permainan teka balang, pertandingan bola sepak PS4, fusbal, permainan sepak dan gol serta banyak lagi.

“Acara yang bermula dari pukul 8 malam hingga 1 pagi itu turut diserikan dengan penampilan istimewa badut Awang De Clown serta dimeriahkan oleh radio rasmi Rentap Rusia 2018 iaitu Suria FM yang akan membawa aktiviti bersama penyampai stesen radio itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN