KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan promosi tambang istimewa serendah RM0.10 bagi meraikan selama10 tahun berturut-turut memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, ahli AirAsia Big boleh menikmati tambang asas serendah RM0.10* dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Siem Reap, Phnom Penh, Krabi, Phuket dan Pontianak serta tambang asas daripada RM100* ke Jeju, Chongqing, Taipei dan Perth.
Tempahan itu bermula sekarang hingga 29 Julai 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 November 2018 dan 13 Ogos 2019.
“Anda juga boleh terbang dengan Premium Flatbed kami dari Kuala Lumpur ke Bali, Xi’an, Shanghai, Seoul, Osaka, Sydney dan lain-lain destinasi dengan tambang termasuk semua serendah RM410*, yang boleh didapati di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, tempahan tiket hanya semudah dengan log masuk menggunakan akaun AirAsia BIG. – K! ONLINE










