600 hadir rumah terbuka Puspanita Melaka - Utusan Malaysia

600 hadir rumah terbuka Puspanita Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 13 Julai – Kira-kira 600 tetamu menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) negeri Melaka yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Program yang diadakan pada hari terakhir Syawal itu dihadiri isteri Ketua Menteri, Dalilah Awaludin selaku penaung Puspanita negeri.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Penasihat Puspanita Melaka, Datuk Roslan Ibrahim yang juga Setiausaha Kerajaan negeri; isteri beliau yang juga Pengerusi Puspanita negeri, Datin Khalijah Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Pada majlis itu, Dalilah turut menyampaikan sumbangan kepada 26 bakal jemaah haji wanita yang merupakan ahli Puspanita negeri ini yang akan menunaikan ibadat haji tidak lama lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN