Memasuki tahun ketiga penganjurannya, Anugerah Telenovela 2018 yang mengiktiraf karya adaptasi novel bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (klcc), Sabtu ini. Anugerah Telenovela 2018 yang merupakan kerjasama antara Yayasan Pembangunan Buku Negara dan GCE Capital itu menerima sebanyak 46 pencalonan membabitkan adaptasi novel yang dijadikan siri televisyen, telefilem serta filem dan ditayangkan pada tahun lalu. Pengerusi Penganjur Anugerah Telenovela 2018, Hasan Hamzah memberitahu, pihaknya menambah satu lagi…










