33 negeri AS berdepan wabak salmonella - Utusan Malaysia

33 negeri AS berdepan wabak salmonella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 14 Julai – Seramai 100 orang di 33 negeri Amerika Syarikat (AS) dijangkiti bakteria salmonella, umum agensi kerajaan negara itu minggu ini.

Penyebaran bakteria berkenaan dikaitkan dengan bijiran popular keluaran Kellogg’s iaitu Honey Smacks.

“Jangan makan bijiran ini,” kata Jabatan Agrikultur AS (USDA) menerusi Twitter semalam.

Sementara itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) menggesa penjual menghentikan penjualannya kerana khuatir berlakunya pencemaran salmonella terhadap produk terbabit. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN