220 Ahli Parlimen angkat sumpah - Utusan Malaysia

220 Ahli Parlimen angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 220 daripada 222 orang Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Me­syuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangannya semalam.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak hadir untuk istiadat semalam kerana bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan baru-baru ini.

Seorang lagi Ahli Parlimen, Hafez Musa (BN-Sipitang) juga tidak hadir.

Difahamkan anak bekas Ke­tua Menteri Sabah itu kini sedang berada di London.

Acara yang berlangsung di Dewan Rakyat itu diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

Sidang dewan kali ini turut mencatatkan sejarah apabila menyaksikan tokoh itu kembali ke Parlimen untuk kali kedua selepas 15 tahun bersara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN