2 lelaki Bangladesh ditahan kes bunuh rakan  - Utusan Malaysia

2 lelaki Bangladesh ditahan kes bunuh rakan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Dua lelaki Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan kes kematian rakan senegara mereka yang ditemukan  dalam keadaan kaki dan tangan diikat di sebuah rumah di Cova Villa, Kota Damansara, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar Kota Damansara kira-kira pukul 9 malam semalam.

“Buat masa ini, polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek utama selain mencari punca sebenar motif pembunuhan lelaki tersebut.

“Kedua-dua lelaki yang ditahan semalam bukan rakan serumah mangsa tetapi maklumat diperoleh daripada mereka dapat membantu kita dalam menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Nazrun ditemukan rakan senegaranya yang menghantar beras dan ubi ke kediaman berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki tersebut hanya melaporkan kejadian itu kepada polis tengah hari semalam atas alasan tidak membawa pasport ketika membuat laporan polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN