KUALA LANGAT – Dua orang kanak-kanak mengalami masalah pernafasan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar di Klang dekat sini semalam.
Dua kanak-kanak terbabit dipercayai mengalami masalah pernafasan akibat terdedah terlalu lama kepada asap kilang memproses plastik kitar semula.
Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali, kedua-dua anaknya yang berusia 11 dan tujuh tahun itu kerap mengalami masalah pernafasan sejak seminggu lalu.









