GEORGE TOWN – Seramai 17 wanita dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan atau GRO diberkas di tiga pusat pelacuran di Jalan Penang di sini dalam operasi yang diadakan mulai pada pukul 2 petang tadi. Wanita terdiri 15 warga Indonesia dan dua Bangladesh yang masing-masing berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan sepasukan Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri. Ketua Bahagian Penguatkuasanya, Khwaja Banthey Mohd. Hanief berkata, operasi diadakan setelah pihaknya menerima aduan daripada…










