SHAH ALAM 10 Jul- Kira-kira 1,000 hadiri memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri anjuran Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Taman Botani Negara, Shah Alam di sini hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernas, Ismail Mohamed Yusof, majlis tersebut adalah masa yang berbaik bagi pihaknya bertemu dengan orang ramai termasuklah para pelanggan syarikat pengimport tunggal beras negara itu.
“Bernas merupakan sebuah syarikat yang rapat dengan rakyat di negara ini yang mana majlis seumpama ini merupakan masa yang sesuai untuk bertemu orang ramai termasuklah para pelanggan kita.
“Selain juadah tradisi,matlamat kita adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya yang turut memaklumkan majlis itu bermula dari pukul 11 pagi hingga pukul 6 petang ini.
Antara juadah yang disediakan dalam majlis itu ialah satay, rendang daging, kambing bakar, nasi hujan panas, ketupat, nasi lemak yang dimasak dengan pelbagai jenis beras seperti beras Vietnam, beras basmathi dan lain-lain. – UTUSAN ONLINE.











