10 maut banjir di Vietnam - Utusan Malaysia

10 maut banjir di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 21 Julai – Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Son Tinh mencetuskan banjir di tengah dan utara Vietman.

Son Tinh membadai negara ini pada Rabu lalu dan menyebabkan banyak infrstruktur musnah serta menjejaskan kawasan tanaman di wilayah Thanh Hoa dan Nghe An.

Selain banjir, taufan itu juga menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan termasuk Hanoi.

Sementara itu, dianggarkan 11 orang dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan du wilayah Yen Bai dan Thanh Hoa.

Kira-kira 4,000 rumah turut musnah manakala berpuluh-puluh ribu hektar kawasan pertanian terjejas akibat banjir yang berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN