Zeti harap peruncit kongsi manfaat GST kepada pengguna - Utusan Malaysia

Zeti harap peruncit kongsi manfaat GST kepada pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap pengguna akan terus menikmati harga barangan yang lebih  rendah, susulan keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, sehubungan itu para peruncit perlu berkongsi kebaikan itu kepada pengguna.

Zeti turut memaklumkan cukai berkadar sifar itu telah meningkatkan perbelanjaan dalam kalangan rakyat.

“Ia sesuatu yang baik. Ramai pengguna mengakui ekonomi semakin rancak sekarang dan ramai orang mula membelanjakan wang.

“Tetapi kami berharap peruncit juga akan berkongsi manfaatnya kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat harian CEP di Menara Ilham, di sini, hari ini.

Kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan GST berkadar sifar berkuatkuasa 1 Jun selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, pada 9 Mei lepas.

GST yang diperkenalkan kerajaan terdahulu pada 2015 dengan kadar enam peratus akan dihapuskan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN