MENGAKUI bercinta dengan Hafreez Adam, pelakon Zara Zya menafikan hubungan cinta sengaja diada-adakan kononnya demi ‘menutup’ mata peminat tentang hubungan sejenis dengan pengurusnya. Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 33, berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang ramai yang berprasangka buruk dengan dirinya yang sebelum ini jarang mempunyai kontroversi dengan lelaki. Ujarnya, hubungan cinta dengan Hafreez sudah mencapai tahap berikutnya apabila sudah bertemu dengan pihak keluarga pelakon itu.…










