Wanita maut terlibat dalam kemalangan empat kenderaan - Utusan Malaysia

Wanita maut terlibat dalam kemalangan empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN – Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 32, Jalan Kota Samarahan – Sadong Jaya di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.55 petang itu, mangsa, Wilma Roland, 33, maut, ketika sedang mendapatkan rawatan di Klinik Sadong Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan berantai itu berlaku apabila Perodua Viva yang datang dari arah Kota Samarahan ke Sadong Jaya berada di bahu jalan selepas terlibat dalam kemalangan.

“Sebuah Perodua Bezza yang datang dari arah sama telah melanggar belakang Perodua Kembara yang terlebih dahulu bertembung dengan Toyota Rush di laluan sama.

“Ketika itu, Perodua Kembara berkenaan berada di tengah laluan sebelum dilanggar Perodua Bezza berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson menambah, kejadian itu mengakibatkan mangsa yang merupakan penumpang Perodua Kembara cedera teruk sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Sadong Jaya tidak lama kemudian.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan dan polis sedang mengumpul maklumat untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan jalan 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN