Wan Azizah nafi pelantikan Amirudin tidak direstui pimpinan PH - Utusan Malaysia

Wan Azizah nafi pelantikan Amirudin tidak direstui pimpinan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan bahawa pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor tidak direstui pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu adalah antara yang dicadangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“(Dakwaan) itu pandangan peribadi. Parti memang telah mengemukakan nama dan salah seorang adalah Menteri Besar (Amirudin).

“Beliau (Amirudin) telah pun mengangkat sumpah dan menjadi Menteri Besar, diteruskan dengan (pelantikan) exco kerajaan negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Amirudin di pejabatnya, di sini hari ini.

Dr. Wan Azizah berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad, bahawa dirinya adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan majoriti menerusi surat daripada empat parti komponen PH iaitu PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN