PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan bahawa pelantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor tidak direstui pimpinan Pakatan Harapan (PH). Beliau yang juga Presiden PKR berkata, nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu adalah antara yang dicadangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “(Dakwaan) itu pandangan peribadi. Parti memang telah mengemukakan nama dan salah…










