Vincent mahu kekalkan Visit Malaysia - Utusan Malaysia

Vincent mahu kekalkan Visit Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan menggesa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dapat menghulurkan sumbangan kepada skuad The Bluebirds dalam usaha beliau untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Katanya, meskipun kelabnya didekati oleh beberapa pihak seperti syarikat penerbangan untuk memberi tajaan jersi baharu namun Vincent tetap mahu kekalkan Visit Malaysia di atas dasar cintanya kepada negara.

“Sepanjang sembilan tahun Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hanya bayar untuk setahun sahaja. Sekarang kami sudah naik ke EPL dan walaupun sekarang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan masih belum dibentuk namun saya berharap mereka dapat memberi sumbangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun ada syarikat lain cuba untuk menaja jersi namun saya tetap dengan Visit Malaysia kerana saya benar-benar sayangkan negara saya. Nasib menyebelahi saya apabila Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) yang merupakan salah seorang rakan perniagaan saya bersetuju untuk memberikan sumbangan.

“Sultan Johor menaja 3 juta pound (RM16 juta) selama tiga tahun bermula 2015. Baginda meminta saya mengekalkan Visit Malaysia kerana itu bagus untuk negara kita.

“Saya tahu Luis Suarez dipilih sebagai Duta Pelancongan namun apabila dia beraksi di atas padang dia tidak dapat mempromosikan Malaysia berbanding Cardiff City kerana apabila kami bermain 4.8 bilion penonton akan menonton dan saya percaya mereka akan nampak Visit Malaysia dan itu akan memberi sumbangan (sektor pelancongan).

“Selain itu, saya juga dapat memberitahu kepada dunia bahawa kelab ini dimiliki oleh rakyat Malaysia,” katanya kepada pembe­rita dalam sidang akhbar di ibu negara di sini hari ini. Turut hadir pengurus Cardiff City, Neil Warnock.

Cardiff layak ke EPL selepas Fulham tumpas mengejut 1-3 di Birmingham pada hari terakhir Liga Kejuaraan, sekali gus membolehkan mereka muncul naib juara dengan 90 mata, sembilan mata di belakang Wolverhampton.

Dalam pada itu, Vincent memberitahu beliau berharap agar pasukannya dapat bertahan lebih lama dalam saingan EPL walaupun mengetahui cabaran yang bakal dilalui adalah sukar.

“Pada tahun 2013 kami layak ke EPL namun pada 2014 kami diturunkan ke divisyen dua. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang. Lihat Burnley, mereka tidak berbelanja mewah namun dapat kekal dalam EPL,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini