[VIDEO] Siasatan 1MDB: RM116.7 juta wang tunai yang dirampas datang dari 26 jenis mata wang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Siasatan 1MDB: RM116.7 juta wang tunai yang dirampas datang dari 26 jenis mata wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman hari ini mengesahkan daripada 35 beg yang ditemui dalam serbuan ke atas kediaman Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur bulan lalu, sebanyak RM116.7 juta wang tunai yang dikira datangnya daripada 26 jenis mata wang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah JSJK, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh turut memberitahu, pengiraan kesemua wang tunai tersebut memakan masa selama tiga hari dan ia melibatkan 22 pegawai daripada Bank Negara bersama enam mesin pengiraan wang.

Selain wang tunai, Amar Singh turut mengesahkan pelbagai jenis barang kemas turut ditemui dan siasatan memang mengambil masa yang sedikit lama bagi mengenal pasti ketulenan sesuatu barang kemas yang dirampas itu sama ada benar-benar asli atau palsu.

“Namun demikian melalui siasatan yang dibuat oleh lapan pasukan khas termasuk pegawai polis, kebanyakan barang yang dirampas bagi tujuan yang sama memiliki nilai kos pembuatan mencecah RM440 juta secara keseluruhan.

“Ini bermakna jika ia dijual, harga dalam pasaran boleh mencecah di antara RM660 juta atau RM880 juta kerana kerana nilai peratusannya adalah di antara sekira 50 hingga 100 peratus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini